Program Ramah Mesra Bersama Kelab Sukan Bermotor Pengerang

kelab-bermotor

31 Okt, Air Tawar 5 - Bertempat di dewan mesra Felda Air Tawar 5 satu program ‘Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab Sukan Bermotor Kawasan Pengerang telah diadakan. Program anjuran pejabat Parlimen itu antara lainnya adalah merupakan perjumpaan tahunan untuk semua ahli kelab.

Sehingga hari ini, terdapat hampir 20 kelab telah berdaftar untuk membentuk satu gabungan bagi mengerakkan aktiviti-aktiviti bagi memupuk semangat generasi muda untuk bergerak di bawah persatuan.

Majlis yang diadakan pada malam itu itu telah dihadiri oleh Ketua Balai Polis, Teluk Sengat yang mewakili Ketua Polis Daerah serta hampir 300 orang ahli yang berdaftar. Ketika menyampaikan ucapan perasmian Ketua Balai telah memberikan nasihat kepada semua ahli agar sentiasa menjalankan program-program yang positif bagi menarik generasi muda.

Beliau juga memberikan jaminan, pihak polis dan semua yang terlibat akan sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada program-program yang berfaedah seperti ang diadakan ini.

Share This Post

    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply

 

Warning: gzinflate() [function.gzinflate]: data error in /home/parlimen/public_html/wp-content/themes/green/footer.php on line 1